Salam sejahterea,
SJK (C) Ming Tee merupakan antara sebuah sekolah cemerlang
dan sekolah harapan peringkat kebangsaan di Malaysia. Sekolah ini telah
mendapat pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan. Prestasi kecemeralangan di
sekolah ini dapat dicapai dengan berlandaskan formula kejayaan iaitu
(Matlamat+Usaha) X Sikap = Produktiviti.
Melalui blog ini, pelbagai maklumat telah kami sediakan
untuk kemudahan umum dan maklumat dapat diekses. Blog ini akan dapat
memberi maklumat pada bila-bila masa tanpa had dan batas sempadan sesuai dengan
perkembangan teknologi maklumat masakini.
Pihak pengurusan SJK(C) Ming Tee akan berusaha untuk
menyediakan maklumat yang tepat dan terkini kepada warga-warganya supaya mereka
dapat mengetahui tentang perkembangan dan aktiviti-aktiviti terkini yang telah
disediakan dan juga tentang peranan serta tanggungjawab SJK(C) Ming Tee.
Secara keseluruhannya, pihak pengurusan dan guru-guru SJK(C)
Ming Tee sememangnya komited dengan pengurusan aspek-aspek perkhidmatan
pendidikan sekolah ini dan berazam untuk menjadikan SJK(C) Ming Tee sebuah
sekolah yang cemerland, gemilang dan terbilang. Sebagai sebuah sekolah yang
beralih dari lorong kecemerlangan, seterusnya ke jalan kegemilangan dan
akhirnya ke lebuh raya terbilang untuk merealisasikan wawasan 2020.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment