Pada tahun 1933, Encik Law Siew Yung memohon agar dijadikan Penolong Gereja di gereja yang terletak di Batu 3 Jalan Kelupu. Beliau dan beberapa orang tempatan telah member bantuan termasuk perbelanjaan dalam menubuhkan gereja baru. Gereja itu kemudian dijadikan bilik darjah dan diberi nama Sekolah Ming Tee/ Ming tee Primary School.
Pada masa 1964, sekolah ini telah diambil alih oleh
kerajaan, maka kebanyakan perbelanjaan adalah ditanggung oleh kerajaan. Guru
Besar yang pertama ialah Encik Ting Su Mui. Guru-guru besar seterusnya hanya
menjawat jawatan sebagai Guru Besar dalam lingkungan 6 bulan hingga 4 tahun
lamanya. Sehingga bulan Ogos 1995, Puan Lee Leh Choo telah ditugaskan untuk
menjawat sebagai Guru Besar sehingga sekarang.
Pembangunan infrastruktur amat giat dijalankan beberapa
tahun ini. Sebuah bangunan bertingkat tiga yang mempunyai 12 buah bilik telah
mula dibina pada bulan November 2011 dan siap dibina pada Julai 2002. Diikuti
pula ialah pembinaan sebuah stadium berbumbung pada Septermber 2003 dan siap
dibina pada bulan Mac 2004. Stadium tersebut terletak di belakang bangunan
sekolah yuang baru. Seterusnya , disambung lagi projek mendirikan pagar
bersimne dan gerbang pintu gagah perkasa yang siap dibina pada bulan Oktober.
Ketiga-tiga projek ini telah menelan belanja sebanyak RM700,000. Kami telah
mengadakan upacara perasmian bangunan baru dan stadium baru sempena perayaan
Ulang Tahun ke-70 pada 30.12.2004.
Sejak penubuhan sekolah ini sehingga sekarang, sekolah ini
telah melahirkan banyak usahawan, orang kenamaan dan golongan professional.
Atas kenangan jasa pada sekolah ini, mereka telah menderma untuk projek
pembangunan sekolah. Antara mereka ialah Encik Lu Yew Hee, Encik Ting Ong Hua,
Encik Yek Siew Chung, Encik Yek Siew Hui, dan lain-lain. Mengikut rekod
kewangan Lembaga Pengurus Sekolah, sebanyak RM300,000 daripada kos pembinaan
bangunan baru dan stadium diderma oleh bekas pelajar dan sebanyak RM50,000
disumbang oleh masyarakat setempat.
Kami juga telah mendapat banyak pengiktirafan dan
penganugerahan. Pada tahun 2003, kami juga dianugerahi Pingat gangsa untuk
Program Bersepadu Sekolah SIhat oleh Jabatan Pelajaran Negeri bersamaan dengan
Jabatan Kesihatan Negeri. Kami juga menerima Anugerah Sijil Usaha Gigih atas
minimum Gred “C” dalam semua kertas ujian dalam UPSR 2003. Pada tahun 2004,
sekolah kami telah mendapat Anugerah Sekolah Harapan Peringkat NEgeri (Naib
Johan) sempena Perayaan Hari Guru Tahun 2004 dan Anugerah sekolah Harapan
Negeri (Johan) sempena Perayaan Hari Guru tahun 2005. Kami juga sebagai naib
johan dan Anugerah BOSS cemerlang Peringkat Kebangsaan pada September 2005. Diikuti
pula kami aianugerahi Anugerah SERASI 2005( Sekolah Rakan Alam Sekitar) dalam
Kategori Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Sekolah Peringkat Negeri sebagai
Johan. Pada tahun 2006, sekolah kami dianugerahi Anugerah Sekolah Harapan
Peringkat Kebangsaan (Naib Johan) dan Anugerah Sekolah Cemerlang pada tahun
2007.
Warga sekolah kita terdiri daripada 14 orang pendidik, 2
orang kakitangan sokongan dan 158 orang pelajar. Kebanyakan pelajar dating dari
keluarga yang sederhana status ekonomi mereka. Sebanyak 95% pelajar berbangsa
Cina dan selainnya berbangsa Melayu, Iban dan Melanau. Walaupun kami berbilang
bangsa, kami bersatu padu untuk mewujudkan sebuah keluarga besar yang bahagia
dengan bertulangkan Jabatan kita, berbapakan Lembaga Pengurus Sekolah,
beribukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta bersaudarakan bekas pelajar sekolah
ini. Kami berharap sekolah ini akan beralih dari lorong kecemerlangan,
seterusnya ke jalan kegemilangan dan akhirnya ke lebuh raya terbilang untuk
merealisasikan wawasan 2020 yang diseru kerajaan kita.
No comments:
Post a Comment