Monday 14 July 2014

Misi untuk menyelamatkan Bumi kita


Isu kepanasan global merupakan satu fenomena kepada kita semua! Apakah Impak perubahan iklim kepada kita sebagai seorang individu di atas bumi ini? Menyelamatkan bumi ini merupakan satu misi yang harus kita amalkan. Perubahan iklim global telah mendatangkan ancaman kepada kita. Impak perubahan iklim telah mengakibatkan malapetaka kepada alam kita (kepanasan, Tsunami, banjir, kemarau, gempa bumi) dan krisis ekonomi (kekurangan makanan dan minyak) kepada manusia. Keadaan ini akan melarat sekiranya langkah penyelesaian tidak diusahakan. 

Sebagai respon terhadap fenomena ini, semua warga SJK(C) Ming Tee sedang melaksanakan beberapa program pemuliharaan dan pemeliharaan alam seperti berikut: 

1. Mewujudkan kesedaran terhadap pentingnya menyelamatkan bumi kita
Di peringkat sekolah, kita sedang berusaha untuk mempromosikan kepentingan konsep 3R (R-kurangkan penggunaan, R-guna semulakan dan R-kitar semulakan) dilaksanakan melalui cara-cara berikut: 
  • koordinasi "Go, Go Green" dengan ceramah bertajuk 3R bersama persembahan power point yang disampaikan warga guru kepada para murid. Amalan terus konsep 3R.
  • Menyampaikan bin 3 warna/bin kitar semula untuk mengutip bahan buangan seperti bekas aluminium, kertas, suratkhabar, kotak dan kaca.
  • Meletakkan sebuah bekas untuk mengutip kertas buangan di setiap bilik darjah, bilik guru, pejabat dan bilik guru besar. Kertas yang kosong boleh diguna semula. Kertas yang tidak dapat diguna akan dihantar untuk dikitar semula. 
  • Mewujudkan sudut alam sekitar untuk mempamerkan maklumat tentang kesedaran pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar yang bertujuan menuntut penglibatan aktif daripada semua warga sekolah dan masyarakat setempat.
2. Go! Go Green! (Penghijauan)
Untuk menghijaukan kawasan sekolah, kami telah mengadakan beberapa aktiviti: 
  • 'Landscaping' - kawasan sekolah telah dibahagikan kepada tujuh taman angkat di bawah jagaan tujuh kumpulan warga SJK(C) Ming Tee yang terdiri daripada staf sekolah, murid, PIBG dan lembaga pengurus sekolah. 
  • Program seorang pelajar sepohon pokok - Setiap murid memiliki sepohon pokok. Tujuan program ini adalah untuk memupuk dan menyemai cinta akan tumbuhan dan alam sekitar pada murid kita. 
  • Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan - keluarga besar SJK(C) Ming Tee melibatkan diri secara aktif dalam penanaman sayur-sayuran (kangkung dan cangkuk manis) dan buah-buahan tempatan (nanas, betik, kelapa, dan pisang) di dalam kawasan sekolah. Ini bukan sahaja bertujuan untuk menghijaukan kawasan sekolah tetapi program ini juga memupuk sifat jimat cermat di kalangan warga sekolah.
3. Menghasilkan kompos
Semua ahli PALS dan ahli-ahli peratuan beruniform sekolah telah melibatkan diri dalam penghasilan kompos. kami menghasilkan kompos daripada daun dan bahan pokok yang dicantas. Daun dan dahan pokok yang dikumpulkan dalam bin dawai yang disediakan telah dibiarkan berhujan dan berjemuran di bawah matahari. Kemudian bahan tersebut akan dipijak untuk menjadi padat dan ditutup dengan kain kanvas lalu dibiarkan menjalani proses fermentasi. Selepas 3 hingga 6 bulan, kompos akan terhasil. 

No comments:

Post a Comment