Monday 14 July 2014

Misi untuk menyelamatkan Bumi kita


Isu kepanasan global merupakan satu fenomena kepada kita semua! Apakah Impak perubahan iklim kepada kita sebagai seorang individu di atas bumi ini? Menyelamatkan bumi ini merupakan satu misi yang harus kita amalkan. Perubahan iklim global telah mendatangkan ancaman kepada kita. Impak perubahan iklim telah mengakibatkan malapetaka kepada alam kita (kepanasan, Tsunami, banjir, kemarau, gempa bumi) dan krisis ekonomi (kekurangan makanan dan minyak) kepada manusia. Keadaan ini akan melarat sekiranya langkah penyelesaian tidak diusahakan. 

Sebagai respon terhadap fenomena ini, semua warga SJK(C) Ming Tee sedang melaksanakan beberapa program pemuliharaan dan pemeliharaan alam seperti berikut: 

1. Mewujudkan kesedaran terhadap pentingnya menyelamatkan bumi kita
Di peringkat sekolah, kita sedang berusaha untuk mempromosikan kepentingan konsep 3R (R-kurangkan penggunaan, R-guna semulakan dan R-kitar semulakan) dilaksanakan melalui cara-cara berikut: 
  • koordinasi "Go, Go Green" dengan ceramah bertajuk 3R bersama persembahan power point yang disampaikan warga guru kepada para murid. Amalan terus konsep 3R.
  • Menyampaikan bin 3 warna/bin kitar semula untuk mengutip bahan buangan seperti bekas aluminium, kertas, suratkhabar, kotak dan kaca.
  • Meletakkan sebuah bekas untuk mengutip kertas buangan di setiap bilik darjah, bilik guru, pejabat dan bilik guru besar. Kertas yang kosong boleh diguna semula. Kertas yang tidak dapat diguna akan dihantar untuk dikitar semula. 
  • Mewujudkan sudut alam sekitar untuk mempamerkan maklumat tentang kesedaran pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar yang bertujuan menuntut penglibatan aktif daripada semua warga sekolah dan masyarakat setempat.
2. Go! Go Green! (Penghijauan)
Untuk menghijaukan kawasan sekolah, kami telah mengadakan beberapa aktiviti: 
  • 'Landscaping' - kawasan sekolah telah dibahagikan kepada tujuh taman angkat di bawah jagaan tujuh kumpulan warga SJK(C) Ming Tee yang terdiri daripada staf sekolah, murid, PIBG dan lembaga pengurus sekolah. 
  • Program seorang pelajar sepohon pokok - Setiap murid memiliki sepohon pokok. Tujuan program ini adalah untuk memupuk dan menyemai cinta akan tumbuhan dan alam sekitar pada murid kita. 
  • Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan - keluarga besar SJK(C) Ming Tee melibatkan diri secara aktif dalam penanaman sayur-sayuran (kangkung dan cangkuk manis) dan buah-buahan tempatan (nanas, betik, kelapa, dan pisang) di dalam kawasan sekolah. Ini bukan sahaja bertujuan untuk menghijaukan kawasan sekolah tetapi program ini juga memupuk sifat jimat cermat di kalangan warga sekolah.
3. Menghasilkan kompos
Semua ahli PALS dan ahli-ahli peratuan beruniform sekolah telah melibatkan diri dalam penghasilan kompos. kami menghasilkan kompos daripada daun dan bahan pokok yang dicantas. Daun dan dahan pokok yang dikumpulkan dalam bin dawai yang disediakan telah dibiarkan berhujan dan berjemuran di bawah matahari. Kemudian bahan tersebut akan dipijak untuk menjadi padat dan ditutup dengan kain kanvas lalu dibiarkan menjalani proses fermentasi. Selepas 3 hingga 6 bulan, kompos akan terhasil. 

Langkah-langkah DIY Enzim sampah Dapur



Resipi penyediaan: 

  1. kontainer plastik kedap udara
  2. Air
  3. Sisa dapur (sisa buah-buahan dan sayur-sayuran)
  4. Gula (gula perang, molases, atau jageri)
Langkah 1:
Isikan 60% kontainer dengan air

Langkah 2:
Isikan gula 10% daripada jumlah air

Langkah 3:
Isikan sisa dapur sehingga 80% kandungan kontainer.

Langkah 4: 
Tutupkan kontainer dengan ketat - simpan sehingga 3 bulan (buka setiap hari untuk mengeluarkan gas bagi bulan pertama)


Ramuan
Kadar
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Gula
1
1kg
2kg
0.5kg
Sayur-sayuran
3
3kg
6kg
1.5kg
Air
10
10 liter
20 liter
5 liter


Berikut adalah kaedahnya: 
1. Gunakan kontainer kedap udara.
2. Larutkan gula dalam air, kemudian tambah sisa sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Pastikan terdapat sedikit ruang udara di dalam kontainer untuk penapaian/fermentasi.
4. Tutupkan dengan ketat. 
5. Pada bulan pertama, gas akan dikeluarkan semasa proses penapaian/fermentasi.
6. Tolakkan sisa yang timbul ke bawah sekali-kali jika ada.
7. Simpan di tempat sejuk, kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
8. Jauh daripada pencaran terus cahaya matahari. 
9. Biarkan penapaian/fermentasi berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan. 

Penggunaan Enzim dalam Kehidupan Seharian


Enzim ialah sejenis protein yang bertindak sebagai mangkin organik yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel. 
  1. Amilase terdapat dalam detergen unutk menyingkirkan kotoran seperti coklat, kari dan telur yang terkena pada pakaian. Amilase juga ditambah dalam proses pencairan kanji sebelum penambahan malt dalam industri alkohol. 
  2. Protease  digunakan untuk melembutkan daging dan menanggalkan kulit ikan dalam industri pengetinan ikan. 
  3. Selulase dapat melembutkan sayur-sayuran yang tinggi kandungan serabutnya. Misalnya,  selulase boleh mengeluarkan kulit daripada bijirin seperti gandum. Selain itu, selulase juga digunakan untuk mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut dengan menguraikan dinding sel daun rumpai dan membebaskan agar-agar yang terkandung dalamnya. 
  4. Papain merupakan enzim yang diperoleh daripada betik untuk melembutkan daging.
  5. Zimase dihasilkan oleh yis untuk memecahkan gula kepada etanol.
  6. Renin pula digunakan untuk mendadihkan susu.
  7. Lipase berfungsi untuk mengurangkan lemak dalam makanan seperti dagng dan bertindak balas terhadap lemak susu dalam penyediaan keju. 

Penganugerahan & Pengiktirafan Sekolah

Untuk Makluman, sekolah SJK(C) Ming Tee telah mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan khasnya jabatan-jabatan kerajaan yang menganjurkan pertandingan. Di sini adalah senarai penganugerahan dan pengiktirafan yang telah berjaya diterima oleh pihak sekolah kami.

  • 2009, Naib Johan Anugerah Kecemerlangan Setiausaha Persekutuan Sarawak.
  • 2007/2008, Johan bagi Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar Dalam Kategori Kebersihan Dan Keindahan Persekitaran Sekolah (peringkat negeri).
  • 2007/2008, Anugerah Serasi Juara Keseluruhan Peringkat Negeri. 
  • 2007, Anugerah Sekolah Cemerlang.
  • 2006, Naib Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan.
  • 2006, Sijil Penyertaan Anugerah Boss Cemerlang Peringkat Kebangsaan.
  • 2006, Anugerah Lestari Peringkat Kebangsaan (Sekolah Terbaik Peringkat Negeri)
  • 2005/2006, Anugerah Serasi Juara Keseluruhan Peringkat Negeri.
  • 2005, Johan bagi Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar 2005 dalam Kategori Kebersihan dan Keindahan Persekitaran sekolah (Peringkat Negeri)
  • 2005, Anugerah Boss Cemerlang Peringkat Kebangsaan.
  • 2005, Anugerah Boss Cemerlang Peringkat Negeri(Naib Johan).
  • 2005, Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri(Johan).
  • 2004, Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri(Naib Johan)
  • 2004, Anugerah Sijil Usaha Gigih (Peningkatan Dalam Peratusan Murid yang Mencapai Minimum Gred C dalam Semua Kertas Ujian dalam UPSR 2004).

Latarbelakang sekolah SJK(C) Ming Tee


Pada tahun 1933, Encik Law Siew Yung memohon agar dijadikan Penolong Gereja di gereja yang terletak di Batu 3 Jalan Kelupu. Beliau dan beberapa orang tempatan telah member bantuan termasuk perbelanjaan dalam menubuhkan gereja baru. Gereja itu kemudian dijadikan bilik darjah dan diberi nama Sekolah Ming Tee/ Ming tee Primary School.
Pada masa 1964, sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan, maka kebanyakan perbelanjaan adalah ditanggung oleh kerajaan. Guru Besar yang pertama ialah Encik Ting Su Mui. Guru-guru besar seterusnya hanya menjawat jawatan sebagai Guru Besar dalam lingkungan 6 bulan hingga 4 tahun lamanya. Sehingga bulan Ogos 1995, Puan Lee Leh Choo telah ditugaskan untuk menjawat sebagai Guru Besar sehingga sekarang.

Pembangunan infrastruktur amat giat dijalankan beberapa tahun ini. Sebuah bangunan bertingkat tiga yang mempunyai 12 buah bilik telah mula dibina pada bulan November 2011 dan siap dibina pada Julai 2002. Diikuti pula ialah pembinaan sebuah stadium berbumbung pada Septermber 2003 dan siap dibina pada bulan Mac 2004. Stadium tersebut terletak di belakang bangunan sekolah yuang baru. Seterusnya , disambung lagi projek mendirikan pagar bersimne dan gerbang pintu gagah perkasa yang siap dibina pada bulan Oktober. Ketiga-tiga projek ini telah menelan belanja sebanyak RM700,000. Kami telah mengadakan upacara perasmian bangunan baru dan stadium baru sempena perayaan Ulang Tahun ke-70 pada 30.12.2004.
Sejak penubuhan sekolah ini sehingga sekarang, sekolah ini telah melahirkan banyak usahawan, orang kenamaan dan golongan professional. Atas kenangan jasa pada sekolah ini, mereka telah menderma untuk projek pembangunan sekolah. Antara mereka ialah Encik Lu Yew Hee, Encik Ting Ong Hua, Encik Yek Siew Chung, Encik Yek Siew Hui, dan lain-lain. Mengikut rekod kewangan Lembaga Pengurus Sekolah, sebanyak RM300,000 daripada kos pembinaan bangunan baru dan stadium diderma oleh bekas pelajar dan sebanyak RM50,000 disumbang oleh masyarakat setempat.
Kami juga telah mendapat banyak pengiktirafan dan penganugerahan. Pada tahun 2003, kami juga dianugerahi Pingat gangsa untuk Program Bersepadu Sekolah SIhat oleh Jabatan Pelajaran Negeri bersamaan dengan Jabatan Kesihatan Negeri. Kami juga menerima Anugerah Sijil Usaha Gigih atas minimum Gred “C” dalam semua kertas ujian dalam UPSR 2003. Pada tahun 2004, sekolah kami telah mendapat Anugerah Sekolah Harapan Peringkat NEgeri (Naib Johan) sempena Perayaan Hari Guru Tahun 2004 dan Anugerah sekolah Harapan Negeri (Johan) sempena Perayaan Hari Guru tahun 2005. Kami juga sebagai naib johan dan Anugerah BOSS cemerlang Peringkat Kebangsaan pada September 2005. Diikuti pula kami aianugerahi Anugerah SERASI 2005( Sekolah Rakan Alam Sekitar) dalam Kategori Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Sekolah Peringkat Negeri sebagai Johan. Pada tahun 2006, sekolah kami dianugerahi Anugerah Sekolah Harapan Peringkat Kebangsaan (Naib Johan) dan Anugerah Sekolah Cemerlang pada tahun 2007.
Warga sekolah kita terdiri daripada 14 orang pendidik, 2 orang kakitangan sokongan dan 158 orang pelajar. Kebanyakan pelajar dating dari keluarga yang sederhana status ekonomi mereka. Sebanyak 95% pelajar berbangsa Cina dan selainnya berbangsa Melayu, Iban dan Melanau. Walaupun kami berbilang bangsa, kami bersatu padu untuk mewujudkan sebuah keluarga besar yang bahagia dengan bertulangkan Jabatan kita, berbapakan Lembaga Pengurus Sekolah, beribukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta bersaudarakan bekas pelajar sekolah ini. Kami berharap sekolah ini akan beralih dari lorong kecemerlangan, seterusnya ke jalan kegemilangan dan akhirnya ke lebuh raya terbilang untuk merealisasikan wawasan 2020 yang diseru kerajaan kita. 

Perutusan Guru Besar

Kata-kata Aluan Guru Besar SJK(C) Ming Tee:

Salam sejahterea,

SJK (C) Ming Tee merupakan antara sebuah sekolah cemerlang dan sekolah harapan peringkat kebangsaan di Malaysia. Sekolah ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan. Prestasi kecemeralangan di sekolah ini dapat dicapai dengan berlandaskan formula kejayaan iaitu (Matlamat+Usaha) X Sikap = Produktiviti.
Melalui blog ini, pelbagai maklumat telah kami sediakan untuk kemudahan umum dan maklumat dapat diekses. Blog ini akan dapat memberi maklumat pada bila-bila masa tanpa had dan batas sempadan sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat masakini.
Pihak pengurusan SJK(C) Ming Tee akan berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini kepada warga-warganya supaya mereka dapat mengetahui tentang perkembangan dan aktiviti-aktiviti terkini yang telah disediakan dan juga tentang peranan serta tanggungjawab SJK(C) Ming Tee.
Secara keseluruhannya, pihak pengurusan dan guru-guru SJK(C) Ming Tee sememangnya komited dengan pengurusan aspek-aspek perkhidmatan pendidikan sekolah ini dan berazam untuk menjadikan SJK(C) Ming Tee sebuah sekolah yang cemerland, gemilang dan terbilang. Sebagai sebuah sekolah yang beralih dari lorong kecemerlangan, seterusnya ke jalan kegemilangan dan akhirnya ke lebuh raya terbilang untuk merealisasikan wawasan 2020.


Sekian, terima kasih.