Monday 6 April 2015

Aktiviti KM1M


Safari Membaca



Kempen Jom Baca Bersama 10 Minit



Visi and misi of Pusat Sumber Sekolah

VISI PSS
Sehati Sejiwa Mewujudkan Pusat Sumber Sekolah Sebagai Pusat Kecemerlangan Ilmu

MISI PSS
Sehati Sejiwa Memajukan Pusat Sumber Sekolah melalui;
*      Memperbanyakkan koleksi bahan yang diuruskan secara sistematik,
*      Meningkatkan penggunaan di kalangan warga sekolah dan,
*      Menyemai budaya membaca yang berterusan di kalangan pelajar.

Monday 14 July 2014

Misi untuk menyelamatkan Bumi kita


Isu kepanasan global merupakan satu fenomena kepada kita semua! Apakah Impak perubahan iklim kepada kita sebagai seorang individu di atas bumi ini? Menyelamatkan bumi ini merupakan satu misi yang harus kita amalkan. Perubahan iklim global telah mendatangkan ancaman kepada kita. Impak perubahan iklim telah mengakibatkan malapetaka kepada alam kita (kepanasan, Tsunami, banjir, kemarau, gempa bumi) dan krisis ekonomi (kekurangan makanan dan minyak) kepada manusia. Keadaan ini akan melarat sekiranya langkah penyelesaian tidak diusahakan. 

Sebagai respon terhadap fenomena ini, semua warga SJK(C) Ming Tee sedang melaksanakan beberapa program pemuliharaan dan pemeliharaan alam seperti berikut: 

1. Mewujudkan kesedaran terhadap pentingnya menyelamatkan bumi kita
Di peringkat sekolah, kita sedang berusaha untuk mempromosikan kepentingan konsep 3R (R-kurangkan penggunaan, R-guna semulakan dan R-kitar semulakan) dilaksanakan melalui cara-cara berikut: 
  • koordinasi "Go, Go Green" dengan ceramah bertajuk 3R bersama persembahan power point yang disampaikan warga guru kepada para murid. Amalan terus konsep 3R.
  • Menyampaikan bin 3 warna/bin kitar semula untuk mengutip bahan buangan seperti bekas aluminium, kertas, suratkhabar, kotak dan kaca.
  • Meletakkan sebuah bekas untuk mengutip kertas buangan di setiap bilik darjah, bilik guru, pejabat dan bilik guru besar. Kertas yang kosong boleh diguna semula. Kertas yang tidak dapat diguna akan dihantar untuk dikitar semula. 
  • Mewujudkan sudut alam sekitar untuk mempamerkan maklumat tentang kesedaran pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar yang bertujuan menuntut penglibatan aktif daripada semua warga sekolah dan masyarakat setempat.
2. Go! Go Green! (Penghijauan)
Untuk menghijaukan kawasan sekolah, kami telah mengadakan beberapa aktiviti: 
  • 'Landscaping' - kawasan sekolah telah dibahagikan kepada tujuh taman angkat di bawah jagaan tujuh kumpulan warga SJK(C) Ming Tee yang terdiri daripada staf sekolah, murid, PIBG dan lembaga pengurus sekolah. 
  • Program seorang pelajar sepohon pokok - Setiap murid memiliki sepohon pokok. Tujuan program ini adalah untuk memupuk dan menyemai cinta akan tumbuhan dan alam sekitar pada murid kita. 
  • Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan - keluarga besar SJK(C) Ming Tee melibatkan diri secara aktif dalam penanaman sayur-sayuran (kangkung dan cangkuk manis) dan buah-buahan tempatan (nanas, betik, kelapa, dan pisang) di dalam kawasan sekolah. Ini bukan sahaja bertujuan untuk menghijaukan kawasan sekolah tetapi program ini juga memupuk sifat jimat cermat di kalangan warga sekolah.
3. Menghasilkan kompos
Semua ahli PALS dan ahli-ahli peratuan beruniform sekolah telah melibatkan diri dalam penghasilan kompos. kami menghasilkan kompos daripada daun dan bahan pokok yang dicantas. Daun dan dahan pokok yang dikumpulkan dalam bin dawai yang disediakan telah dibiarkan berhujan dan berjemuran di bawah matahari. Kemudian bahan tersebut akan dipijak untuk menjadi padat dan ditutup dengan kain kanvas lalu dibiarkan menjalani proses fermentasi. Selepas 3 hingga 6 bulan, kompos akan terhasil. 

Langkah-langkah DIY Enzim sampah Dapur



Resipi penyediaan: 

  1. kontainer plastik kedap udara
  2. Air
  3. Sisa dapur (sisa buah-buahan dan sayur-sayuran)
  4. Gula (gula perang, molases, atau jageri)
Langkah 1:
Isikan 60% kontainer dengan air

Langkah 2:
Isikan gula 10% daripada jumlah air

Langkah 3:
Isikan sisa dapur sehingga 80% kandungan kontainer.

Langkah 4: 
Tutupkan kontainer dengan ketat - simpan sehingga 3 bulan (buka setiap hari untuk mengeluarkan gas bagi bulan pertama)


Ramuan
Kadar
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Gula
1
1kg
2kg
0.5kg
Sayur-sayuran
3
3kg
6kg
1.5kg
Air
10
10 liter
20 liter
5 liter


Berikut adalah kaedahnya: 
1. Gunakan kontainer kedap udara.
2. Larutkan gula dalam air, kemudian tambah sisa sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Pastikan terdapat sedikit ruang udara di dalam kontainer untuk penapaian/fermentasi.
4. Tutupkan dengan ketat. 
5. Pada bulan pertama, gas akan dikeluarkan semasa proses penapaian/fermentasi.
6. Tolakkan sisa yang timbul ke bawah sekali-kali jika ada.
7. Simpan di tempat sejuk, kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
8. Jauh daripada pencaran terus cahaya matahari. 
9. Biarkan penapaian/fermentasi berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan. 

Penggunaan Enzim dalam Kehidupan Seharian


Enzim ialah sejenis protein yang bertindak sebagai mangkin organik yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel. 
  1. Amilase terdapat dalam detergen unutk menyingkirkan kotoran seperti coklat, kari dan telur yang terkena pada pakaian. Amilase juga ditambah dalam proses pencairan kanji sebelum penambahan malt dalam industri alkohol. 
  2. Protease  digunakan untuk melembutkan daging dan menanggalkan kulit ikan dalam industri pengetinan ikan. 
  3. Selulase dapat melembutkan sayur-sayuran yang tinggi kandungan serabutnya. Misalnya,  selulase boleh mengeluarkan kulit daripada bijirin seperti gandum. Selain itu, selulase juga digunakan untuk mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut dengan menguraikan dinding sel daun rumpai dan membebaskan agar-agar yang terkandung dalamnya. 
  4. Papain merupakan enzim yang diperoleh daripada betik untuk melembutkan daging.
  5. Zimase dihasilkan oleh yis untuk memecahkan gula kepada etanol.
  6. Renin pula digunakan untuk mendadihkan susu.
  7. Lipase berfungsi untuk mengurangkan lemak dalam makanan seperti dagng dan bertindak balas terhadap lemak susu dalam penyediaan keju.